LATIHAN
Untuk Mendownload silahkan klik link download dibawah ini;
Download
Tuesday, November 28, 2017
Wednesday, November 8, 2017
Friday, October 20, 2017
Tuesday, October 3, 2017
25. Nabi Muhammad SAW
Pada
waktu umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang
bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal
membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapak bayi tersebut
bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan
yaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti
Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke
ka'abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud
sebelumnya.
Selepas
itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu
Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad. Adat menyusukan
bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir
tiba juga wanita dari Banu Sa'ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada
mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun
begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan
akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan,
kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda
telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda
kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.
Kisah
Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad
Pada
usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai
lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad.
Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian tersebut.
Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut
lalu mengabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad,
namun tiada kesan yang aneh ditemui.
Muhammad
tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama itu
baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada
Halimah dan keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya
Abdul Mutallib di Makkah.
Datuk
baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya
itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Umm
Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda
ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.
Sesudah
sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula
ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang
memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika
mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia
lalu dikuburkan di situ juga.
Muhammad
dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka
jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan
datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.
"Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk" (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)
Abdul
Mutallib Wafat
Kegembiraannya
bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia lapan tahun,
datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu
kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa,
pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia
selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan
membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.
Muhammad diasuh oleh Abu Talib
Selepas
kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga
anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding saudaranya
yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di
kalangan orang-orang Quraisy.Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia
menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad
yang mulia.
Pada
suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad
berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat
melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu
Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang
Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu
Talib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidaak banyak membawa harta dari
perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang
ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda
mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh
penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.
Baginda
juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing
keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung
tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh
dari segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada
perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu
"Al-Amin".
Selepas
baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk
membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan
dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur.
Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda
sebagai seorang pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin
dengan Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia
40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad menerima lamarannya lalu
berlangsunglah perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup
Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri.
Turunnya
Wahyu Pertama
Pada
usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai
nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira' dan sentiasa
merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka
datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat quran yang
pertama diturunkan kepada Muhammad.
"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan" (Al-'Alaq, 96: 1)
"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan" (Al-'Alaq, 96: 1)
Rasulullah
pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan
baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah
tentang kejadian yang telah berlaku.
Kemudian
baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya
untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah
berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian
baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan
ajaran baginda.Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan
keluarganya sahaja.
Dakwah Secara Terang-terangan
Dakwah Secara Terang-terangan
Setelah
turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan,
maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.
"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik." (Al-Hijr, 15:94)
"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik." (Al-Hijr, 15:94)
Namun
begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda.
Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa
saudara baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak
saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan
tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan
Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:
"Wahai
bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan bulan
di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan
menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku
binasa kerananya"
Baginda
menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada
penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah.
Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para
sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin
Rabah yang menerima siksaan yang berat.
Wafatnya
Khadijah dan Abu Talib
Rasulullah
amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy kerana
baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu
makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh
kenabiaannya. Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan
Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu
menghiburkan Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.
Pada
tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga
meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah
kerana kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.
Hijrah Ke Madinah
Hijrah Ke Madinah
Tekanan
orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas
kepergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan
untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk
membunuh baginda.
Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.
Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.
Negara
Islam Madinah
Negara
Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di
Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain.
Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam
yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan
syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua
rakyat mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun
atau perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal
yang melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan
merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan
piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.
Islam
adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat
penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah
menyertai 27 kali ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan
Islam. Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang
Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H).
Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.
Pada
tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk
Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah
telah diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota
Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.
Perang
terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan
pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah
menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga
telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda
baginda yang bermaksud:
"Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan yaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."
"Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan yaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."
Wafatnya
Nabi Muhammad s.a.w
Baginda
telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda
wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara.
Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang
pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah
contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.
Friday, June 9, 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)